YOU ARE VISITOR NO:


PENGIKUT

Sunday, May 8, 2011

RATU HATIKU IBU !

ASSALAMUALAIKUM WBT ...
[mo0d : hari ibu ]



pada pagi 14 januari 1991, se0rang ibu dengan peritnya telah melahirkan bayinya yang keempat di rumahnya sendiri. dengan sepenuh keringatnya, dia cuba untuk melahirkan bayi tersebut. akhirnya kira2 8.30 pagi lahirlah bayi yang diberi nama NUR SHAZUANI. bayi yang dinantikan seluruh ahli keluarga. terutama ibu tersebut. apabila ibu itu melihat wajah bayi tersebut yang baru buka mata melihat dunia, ibu tersebut mengalirkan air mata gembira. bersyukur ibu itu dengan rezeki yang dilimpahkan PenciptaNYA kepada hambaNYA itu. ibu itu mencium dahi anaknya dan memberi kepada suaminya untuk iqamat. sungguh bahagia ibu ketika itu. begitu juga suami dan 3 orang anaknya. 

tanpa mengenal erti penat, ibu menjaga anaknya dengan penuh sabar sehinggalah anaknya meningkat umur. sewaktu anaknya di sekolah rendah, ibunya sentiasa menasihati anaknya, "nie, belajar la rajin2. nanti bila besar nanti boleh la nie bela mak dan abah, jaga kami yang dah tua.nie ja harapan mak ngan abah". anaknya yang baru darjah satu itu hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham. maka anaknya pon belajar bersungguh-sungguh. pabila anaknya di darjah enam. si ibu tidak pernah mngabaikan pembelajaran anaknya kerana ketika itu anaknya akan mengambil peperiksaan UPSR. pabila tiba hari peperiksaan, si ibu tidak jemu membaca yassin untuk memudah anaknya menjawab peperiksaan. d0a sentiasa mngeringi anaknya. akhirnya anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. ketika anaknya pulang untuk mmberitahu ibunya keputusan yang cemerlang itu, ibunya menanti dengar debarnya. dan apabila ibunya mendengar khabar gembira itu, ter0s ibu itu menangis dan memeluk anaknya tanda bangga dan gembira dengan anak harapannya. ALHAMDULILLAH ANAKKU.

maka dengan keputusan tersebut, si ibu menghantar anaknya ke sek0lah berasrama. anaknya yang tidak pernah berenggang dengannya menangis tersesak2. tetapi demi pelajaran terpaksa anaknya akur. begitu juga ibunya yang terpaksa melepaskan anaknya. setiap minggu ibunya pasti datang melawat anaknya dan membawa makanan yang sedap2 agar anaknya sentiasa mendapat makanan kegemarannya itu. pabila tiba PMR ibunya juga membuat perkara yang sama seperti si anak waktu UPSR dulu. tapi apakan daya. pabila keputusan peperiksaan keluar. anaknya hanya mampu memberi keputusan yang memuaskan sahaja. apa lagi si anak pon hampir putus asa kerana telah mengecewakan ibunya. tetapi bagi seorang ibu, semangat perlu diterap dalam hati si anak yang hampir putus asa. si ibu membuang rasa kecewanya itu dan terus menasihati anaknya, "nie, walaupun keputusan kali neyh mengecewakan, mak xnak tengok nie sedih macam neyh. bangkit semula, buktikan yang nie boleh lakukan !". si anak pun terus memeluk erat ibunya. 

anaknya mula meningkat usia 17 tahun. dan juga sudah semestinya tahun akhir persekolahannya. anaknya semakin lupa apa yang ibunya mahukan. si anak lebih menumpukan kokurikulum berbanding akademiknya. merata penyertaan si anak ikuti. sedangkan beberapa hari percubaan SPM pun dia masih mengikuti program kokurikulum. dan akhirnya si anak tersedar akan kesilapannya itu dan beliau berjanji pada ibunya. "walau macam mana pun mak, nie akan buktikan mak bangga dengan nie walaupun nie kurang berjaya dalam akademik". akhirnya apabila tiba hari ANUGERAH GEMILANG, si anak telah mengikuti satu perkhemahan peringkat kebangsaan yang juga boleh membanggakan ibunya dan lebih membanggakan ibunya, si anak telah mewakilkan ibunya untuk mengambil 2 anugerah yang anaknya perolehi. walaupun bukan anugerah melibatkan akademik, tapi anaknya percaya bahawa ibunya pasti berbangga dengannya dan terharu dengannya kerana menjadi waris mengambil hadiah wakil anaknya pada ketika itu. dengan bangganya si ibu menaiki pentas mngambil hadiah. indahnya saat itu jika anaknya dapat melihat ibunya mewakilkannya. dan si anak bersyukur kerana dapat membuktikan pada ibunya.  dan seter0snya, apabila keputusan SPM kaluar anaknya hanya mendapat keputusan yang memuaskan. tapi si ibu tidak menunjukkan kekecewaan kepada anaknya tetapi tetap memberi semngat kepada anaknya.

Ibunya begitu berharap si anak berpeluang melanjutkan pelajarannya ke IPTA. tetapi anaknya tidak bernasib baik. dia hanya dapat menyambung pembelajaran di tingkatan enam sahaja. tetapi si ibu tetap percaya mungkin belum rezeki anaknya. dia tetap berdoa yang terbaik untuknya. dan pada masa yang sama, TUHAN telah menguji mereka. harga getah pada tahun itu telah jatuh teruk kerana si ayah dan ibu hanyalah seorang peneroka felda. jadi mereka terpaksa memerah sepenuh keringat mencari duit untuk persekolahan anaknya. anak2nya yang lain sudah berkahwin dan ibu bapanya tidak mahu meminta pertolongan mereka dan berfikir mereka juga ada tanggungjawab untuk keluarga mereka. begitu tulus sekali. setelah beberapa minggu persekolahan anaknya di tingkatan enam, mereka betul2 kesempitan wang dan si anak terpaksa mengambil keputusan untuk bekerja part time untuk mencari wang saku persekolahannya. nasiblah ketika itu sekolah cuti umum selama 2 minggu. untuk menebus balik kegagalannya untuk perkara yang lalu, si anak terpaksa berbuat begitu agar tidak terlalu mnyusahkan ibu dan bapanya. 

setelah dua bulan anaknya belajar, ibunya betul2 kekurangan wang sehinggakan hari yang terakhir persekolahan anaknya yang terakhir sebelum dier berhenti sekolah, di dalam sakunya hanya tinggal 5 ringgit sahaja. si anak dengan berat hati terpaksa mencari surat tawaran dari IPTS lain untuk memberi helah kepada pihak sekolah agar dia dapat berhenti sekolah. dia tidak mahu gurunya tahu masalah yang di hadapinya. anaknya begitu berharap dia boleh mengambil STPM dan membuktikan dia boleh berjaya kepada ibunya. tetapi di atas faktor kewangan anaknya terpaksa mngambil langkah lain. ibunya sangat berat hati untuk memberhentikan persekolahannya. hati seorang ibu begitu tersentuh dan bersalah kerana tidak dapat menggembirakan anaknya itu. apabila melihat anaknya pulang dari sekolah pada hari terakhirnya, ibunya menangis tersesak2 dan memohon maaf kepadanya. si anak turut menangis. itulah dugaan terbesar yang mereka terpaksa lalui. 

seter0snya anaknya mencari pekerjaan yang sesuai untuk menolong meringankan ibunya dan mengambil keputusan untuk menyamb0ng pembelajarannya pada pngambilan disember sahaja kerana hajat seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya tetap wujud di lubuk hati. ibunya tetap akan berusaha. begitulah tekad yang begitu kuat seorang ibu.

dengan berkat doa seorang ibu, akhirnya dengan REZEKI ALLAH SWT. anaknya mendapat menyambungkan pelajaran ke universiti walaupun hanya universiti biasa. ibu dan ayahnya begitu gembira sekali dan alhamdulillah rezeki mereka semakin murah. ALHAMDULILLAH YA ALLAH dan sekarang anaknya sedang belajar di universiti dan insyaALLAH akan cuba membuatkan ibunya sentiasa berbangga dengannya. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

itulah pengorbanan seorang ibu yang begitu kuat, begitu rajin begitu penyayang dan segalanya ada dalam naluri seorang ibu.
IBUKU SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA UNTUK BAHAGIAKAN ANAKNYA...
IBUKU MENYEMBUNYIKAN SEDIHNYA UNTUK MELIHAT ANAKNYA GEMBIRA..
IBUKU BEKERJA KUAT UNTUK PASTIKAN ANAKNYA DAPAT APA YANG DIINGINKAN...
IBUKU MENEMPUH SEGALA DUGAAN DENGAN TABAH SEKALI UNTUK MEMBERI KEKUATAN UNTUK ANAKNYA...
DAN IBUKU JUGA TIDAK PERNAH JEMU UNTUK MEMBESARKAN ANAKNYA...
itulah insan yang bernama MAZNAH BINTI HALIM.
IBU TERBAIK DI DUNIA YANG PERNAH AKU JUMPA...
nie sayang mak sampai akhir hayat ! ! xkan da lagi yang mampu menggantikan tempat mak ! !
I LOVE U SO MUCH MAK ! ! SELAMAT HARI IBU ! KAU LAH RATU HATIKU ! 

walaupun hadiah yang anak2mu [handphone] beri itu tidaklah sehebat kasih sayang dan pengorbanan mak kepada kami tapi anggaplah itu sedikit penghargaan kami kapadamu mak. dan selebihnya kami akan mencurahkan kasih sayang kami sepenuhnya. insyaALLAH
~IKHLAS DARI NUR SHAZUANI,NURMAZINDA,NURMAZIAH DAN MOHD IRWAN...



[kisah yang aku ceritakan di atas bukan rekaan semata2 tetapi kisah benar yang dilalui dan begitu la kuatnya insan yang bernama IBU]
PEACE NO WAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA KE BLOG NEYH??