YOU ARE VISITOR NO:


PENGIKUT

Monday, May 16, 2011

DOKTOR CINTA

ASSALAMUALAIKUM WBT...
[Mo0d : b0san xdak n0vel nk dibaca]

sudah semetinya sesiapa yang f0ll0w bl0g her0inmalaya, sure dier tau sangat yang den neyh memang giler n0vel kan ? dulu memang layan terbitan ALAF21 ja. tapi sekarang bila KAKI NOVEL datang. memang gila penerbitan tu pulak la. teng0k la n0vel2 dier walaup0wn semua c0ver warna putih jer. tapi isi dier semua best2. memang aku tabik la. tambah2 citer DOKTOR CINTA. semua perasaan da. LAWAK, SEDIH, GEMBIRA. 
mula2 ketawa, kemudian menangis dan tiba2 gembira kembali. yang dasyatnya, xsempat baca dekat umah. sampai ke pasaraya aku bawak. aku gelak sorang2 dalam pasaraya tu jangan kata pa2 la. hehehe. 5 bintang la untuk n0vel 2 ! hehehe . 

neyh aku citer sket sin0psis buku tu... mana tau yang xberminat dengan n0vel ter0s terjatuh cinta.

SINOPSIS DOKTOR CINTA



Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 


Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


Heheh. dah habis baca nanti dapatla k0rang tahu siapa DOKTOR CINTA sebenar. yang paling lawaknya. malam pertama sempat lagi men batu seremban. hahahah. xleh cita banyak nanti xdak 0rang nak beli. heheheh. sapa yang bel0m baca b0leh g beli sekarang, xp0wn es0k 0r lusa. tak0t st0k habis nanti. hehehe. Lpas neyh citer M.A.I.D pulak menyusul. =)

PEACE NO WAR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA KE BLOG NEYH??