ASSALAMUALAIKUM WBT....
[mo0d : berfikir]
erm.. aku sejak dua menjak neyh asyik bercerita tentang lelaki... tentang perempuan ja kan ? pastu tentang hubungan... nape la yerk ? dikecewakan ? tak k0t.. xtau la...sejak 2 menjak 3 menjak neyh rasa macam hati neyh cepat sangat terasa.. kenapa yerk ? xpa la.. lupakan..back t0 0ur t0pik....
PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK...bet0l ke ? ahaa... dalam AL-QURAN p0wn da cakap..s0, aku cuba search untuk mendapatkan kepastian.. dan ini yang aku tertarik... jawapan dari HABIB MUNZIR AL-MUSSAWA
Annur ayat 26, para ulama menjelaskan bahwa makna ayat itu bukannya wanita yg jahat untuk lelaki yg jahat, dan lelaki jahat untuk wanita yg jahat, dan wanita baik baik untuk lelaki yg baik baik, dan lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik,
bukan demikian maknanya, iaitu kalimat KHABIITSAAT tdk ditafsirkan sebagai wanita jahat, tetapi kalimat itu bermakna “ucapan yg jahat”, maka ayat diatas adalah bermakna UCAPAN YG JAHAT ADALAH MILIK ORANG ORANG YG JAHAT, demikian hingga akhir ayat, ayat ini menjelaskan tentang fitnah yg muncul kepada istri istri rasul saw.
sebagian ulama ada juga yg menafsirkan bahwa ALKHABIITSAAT adalah wanita yg jahat, dan ATTHAYYIBAAT adalah wanita yg baik, namun maksud ayat ini adalah menjelaskan bahwa istri istri Rasul saw itu adalah orang yg baik baik, sebagaimana sambungan ayat itu : MEREKA (istri istri Rasul saw) ADALAH ORANG ORANG YG TERLEPAS DARI UCAPAN FITNAH MEREKA, BAGI MEREKA PENGAMPUNAN DAN RIZKI YG MULIA” (QS Annur 26) rujukan : Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Imam Attabari, Tafsir Imam Qurtubi)
Jadi.. sebenarnya kefahaman 2 yang penting... aku kat sini aku cuba ibaratkan dengan FERRARI...ibarat kita mendamba sebuah kereta yang canggih, yang pasti terjamin kehebatannya beraksi di jalan. Kepantasannya bergerak mengalahkan kereta di litar Formula One. Rupanya hebat dan cantik, ibarat Ferrari..sesiapa yang melihat pasti teruja. Sehinggalah satu hari, dengan izin Allah kita berjaya memiliki kereta itu. Bermulalah episod kehidupan kita dengan kereta yang kita impikan. Pandulah kita menuju ke suatu destinasi yang jelas hendak dituju. Semangat yang luar biasa mula terbit apabila memandu kereta yang hebat sehingga terdetik di hati, perjalanan yang bakal di lalui pasti lancar kerana hebatnya kereta yang dinaiki. Namun, tanpa di duga, kita tersekat di perjalanan kerana kurang cekap dalam memandu. Tidak sehebat pemandu ternama seperti Michael Schumacher dalam memandu Ferrari. Setelah diteliti, bukan hanya masalah ilmu pemanduan yang kurang, malah jalan yang kita lalui juga tidak tahu ke mana arahnya. Cuma hanya jelas destinasinya sahaja tapi bukan jalannya. Lihatlah, walau sehebat manapun pilihan hati kita itu, namun, sekiranya diri kita sendiri yang tidak tahu dan tidak mahu berusaha menjadi yang terbaik sebagai seorang yang mengenderai kenderaan yang hebat, pasti pengembaraan kita menuju ke suatu destinasi kita tersekat-sekat di jalanan. Adakah silap kenderaan itu atau diri sendiri sebagai orang yang tidak tahu selok belok dalam memandu?
merenung ke dalam diri....
Begitulah ibarat kita sebagai seorang muslimah yang inginkan pilihan yang soleh. Datangkan lah seseorang yang soleh setakat mana sekalipun, andai diri sendiri tidak diberi peluang melengkapkan diri dan berusaha menjadi solehah, pasti kita akan kecundang dalam menuju ke arah matlamat sebenar walaupun kita tahu ke mana kita hendak tuju. Kerana ukuran soleh dan solehah itu hanya terbit dari diri dan impian kita menjadi solehah setelah mendapat yang soleh ibarat kita mendamba sesuatu yang tidak pasti. Mana mungkin orang lain mampu menjadikan kita solehah melainkan dengan keizinan Allah setelah melihat usaha kita yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah yang lebih baik. Bukankah benar firman Allah:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur;26
Persoalan yang timbul..Bagaimana pula dengan perempuan yang kurang baik..adakah peluang dia mendapat yang soleh?
Ada. Tetapi dengan syarat dia sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Tugas seorang hamba ke atas dirinya hanya membaiki dirinya sendiri tanpa terlalu memikirkan pengakhiran samada mendapat yang soleh ataupun sebaliknya. Kerana Allah tidak akan menzalimi orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Allah yang menciptakan, mana mungkin dia memusnahkan melainkan kita sendiri yang menuju ke arah kebinasaan dan hakikatnya kita tidaklah perlu menjadi sehebat Schumacher dalam memandu Ferrari tapi berusahalah untuk belajar selok belok pemanduan serta tahu arah mana yang kita tujui.
‘jadilah..’ bukan ‘carilah…’
Oleh itu, sebelum kita mencari yang soleh, jadilah diri kita dahulu sebagai seorang yang solehah. Ya..bukan senang menjadi solehah dan bukan sehari dua usahanya, sudah ingin melihat hasil. Tidak. Malah mungkin memakan masa bertahun-tahun. Proses mendidik hati bukan mudah seperti menenun kain yang indah, tapi perlukan kesabaran. Perlengkapkan diri dengan segala amalan mahmudah, agar diri kita terarah. Namun, ada lagi persoalan timbul, bagaimana pula kalau kita tidak sempat menjadi solehah, tiba-tiba muncul seorang yang soleh datang melamar, adakah harus kita menolak sedangkan diri belum lagi mencapai title solehah?
Jawapan aku, ya terimalah. Tapi teruskan usaha menjadi isteri yang solehah. Jangan berharap pada yang lain dalam usaha kita menjadi muslimah solehah, tapi bergantunglah pada diri dan berharaplah pada Ilahi dan bukannya pada manusia yang pada dasarnya dia sendiri belum pasti di mana destinasi pengakhirannya walaupun dia seorang yang soleh. Jangan mendamba yang soleh kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah menjadikan diri sebagai seorang yang solehah. Seseorang yang soleh yang kita impikan ini bukanlah matlamat utama kita, tapi sebagai alat menuju akhirat yang berkat. Semoga dengannya kita terus bersemangat mencari kebaikan sebagai bekal di sana. InsyaAllah.
aku pun nak yang soleh…jom sama-sama berusaha menjadi solehah…
InsyAllah..Aminnn =)









No comments:
Post a Comment