ASSALAMUALAIKUM WBT....
khas utk yang bernama lelaki di luar sana.....
Andainya lelaki tahu....
Dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk disayangi.....
ada rasa untuk diberi perhatian...
Andainya lelaki tahu...
Dalam hati seorang perempuan
ada rasa untuk didengari keluh
kesahnya...
ada waktu2 minta ditemani kesedihannya....
Andainya lelaki tahu...
Rajuk seorang perempuan
minta dipujuk....
Marah seorang perempuan
perlu didekati...
Sedih seorang perempuan
harus didengari...
Gembira seorang perempuan
ingin dikongsi...
Andainya lelaki tahu...
Di sebalik 1001 rasa itu
ada sekeping hati nan lembut...
Bukan untuk dimanjai...
Bukan jua untuk ditatang
bagai minyak yang penuh...
hanya perlu sedikit perhatian...
Agar kasih itu terus wujud
walau di saat jauh...
Kerana andai lelaki tahu...
Hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan...
wujudkah cinta itu di hati lelaki? ? ?
Bila disaat jauh tanpa perkhabaran? ? ?
Sayangilah seseorang itu disaat dia masih ada...
Dan jangan sampai dia sudah pergi jauh
baru lelaki tahu betapa pentingnya
seorang perempuan di sisi...
Sayangi seorang perempuan itu atas dasar
siapa dirinya sekarang...
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini...
Cintailah seorang perempuan itu kerana hatinya...
Bukan paras rupanya semata2....
KERANA
SAYA SEORANG PEREMPUAN.......









No comments:
Post a Comment