YOU ARE VISITOR NO:


PENGIKUT

Friday, November 26, 2010

KEMPEN DEKATI MAT REMPIT

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Hari neyh her0in malaya da 1 berita yg bru dibaca dlm 1 pper..
berita yg menarik..
mari ikuti...:)




KUALA LUMPUR: “Mat Rempit bukan musuh, tetapi mereka selama ini terbiar,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada majlis pelancaran kempen Ride it Rights atau Tunggang, jangan tunggang-langang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Program anjuran Ride It Rights Management Sdn Bhd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pennzoil selaku penaja itu bertujuan menangani masalah yang membelenggu golongan Mat Rempit dengan menganjurkan pelbagai program untuk mereka.


“Selama ini, masyarakat mungkin memandang serong kepada golongan Mat Rempit, namun mereka sebenarnya ada kemahiran tersendiri dan bakat yang ada itu boleh dicungkil.


“Disebabkan itu, kita menganjurkan kempen ini dan mendekati golongan terbabit untuk membimbing mereka dengan cara betul dan kemahiran yang ada itu boleh digunakan untuk pembangunan negara,” katanya.


Menurutnya, PDRM ada cara serta kaedah tersendiri untuk mendekati golongan ini dan sejak enam bulan lalu, ia sudah dapat dibendung dengan menjalankan operasi lalu lintas di kawasan tumpuan Mat Rempit.



“Usaha yang dilakukan dengan menjalankan kempen seumpama ini satu usaha lanjutan PDRM untuk menangani masalah Mat Rempit dan kita harap ia berjaya.



“Dalam program yang diadakan ini, kita akan memberi maklumat kepada Mat Rempit dan menganjurkan aktiviti untuk memberi pendedahan kepada mereka cara menunggang dengan selamat, selain menerapkan budaya yang baik kepada mereka,” katanya.


Kempen Ride It Rights yang dijalankan ini berbeza dengan program lain yang pernah diadakan kerana ia satu program jangka panjang yang dibuat untuk memberikan pendedahan kepada Mat Rempit dan juga remaja mengenai cara untuk berlumba dan juga mendapatkan lesen berlumba secara sah.


Kempen ini akan bermula di Padang Kota, Pulau Pinang pada 11 Disember ini dan diteruskan di 13 tempat lain di seluruh negara dan kemuncaknya pada Oktober 2011 di Litar Antarabangsa Sepang.


Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang kempen itu nanti adalah lumba motosikal, motosikal cantik, bola sepak jalanan, hip-hop dance dan pelbagai program lain yang sudah dirancang untuk menarik minat golongan Mat Rempit dan juga remaja.



Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Hussin Ismail, Pengurus Besar UMW Pennzoil Distibutors Sdn Bhd, Mohd Ruslan Abdul Ghani dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Ride It Right, Suhaimi Abdul Jalil.

p/s:s0, harap lpas neyh dpt berkurang la gejala neyh. . .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA KE BLOG NEYH??