YOU ARE VISITOR NO:


PENGIKUT

Tuesday, September 6, 2011

BILA RINDU . TERKENANGMU TERASA SAYU .

ASSALAMUALAIKUM WBT...
[Mo0d : Kekenyangan ]


wehhh ! giler kater k0 ! dah lama k0t tinggal bl0g cayang ku neyh . kecian kesunyian d sini . 2 la sapa suwuh tangg0h bayar br0adband kan time cuti dah xleh 0nline . HAHA . 0ps ! terbuka pekung sendiri . xpa . aku 0pen minded . xkisah p0wn la . nasib da raya . dapat jugak duit raya . leh bayar bil . HEHE . jangan terkejut , aku dapat duit raya RM200 lebih  weh ! kalah budak2 yang g kutip duit raya rumah ke rumah . untung badan . thankz kepada insan2 yang sudi bagi duit raya . xspecially my m0m and my dad ! HAHA 


0k la . citer bab raya nanti2 la aku cter yerk ? da yang best jugak la . tapi yang sekang neyh aku nak luah perasaan sket . ari tu cuti raya kami dapat cuti seminggu jer . rasa2nya cukup ka 2 ?  ? aduhhh ! xk0t . kat rumah aku da anak2 angkat baru . balik tu asyik melayan depa jaa . aduuuiii . sekang neyh rindu gila kt depa . rindu nak gelak2 ngan depa . suka sangat men ngan depa . hilang tensi0n aku . kadang2 mak aku tengah masak kat dapur p0wn dengar aku gelak s0wang2 p0wn dier dah geleng kepala . HAHA . [gila k0t anak aku neyh ] kalau aku teng0k depa mesti depa usha balik muka aku . sampai xqejit mata la . aduhhh ! c0meynya budak2 tu . rindunyaaaa kt D0RA , CHIBI dengan T0M . 


tambah2 ngan ibu depa . rindu jugak kat si OGGY 2 . pagi2 ja kalau anak2 dier kuar dari sangkar mesti dier meh kejutkan aku suwuh g cari anak dier . rindunya saat2 tu . Anak2 dier plak nakal2 . xpadan ngan betina . mentang2 dah b0leh merangkak . asyik nak kuar merangkak ja . pastu aku plak yang nak kalut cari . geram bt0l ! tapi tetap rindu dengan gelagat depa .



[DORA - putih , CHIBI - kelabu , TOM - hitam ]

haaaa . budak2 yang kat atas 2 la yang aku rindu2 sangat 2 . neyh p0wn snap pic depa senyap2 . family aku xbagi snap . tak0t nanti depa mati . HUHU . harap2 depa semua selamat , shat sentiasa la . depa p0wn semakin membesar semakin lincah , nakal . HEHE . 

2 ja nak cakap . lepas rindu pada anak2 angkat . HEHE . chibi , d0ra ngan t0m ! l0ve u all ! 0ggy jgk ! h0pe mnjadi ibu yang penyayang ! ! :)

dicti0nary l0ghat KEDAH :

depa = mereka @ di0rang 
qejit = berkelip

PEACE NO WAR 



Tuesday, August 23, 2011

BAHANG RAYA KIAN TERASA !

ASSALAMAUALAIKUM WBT...
[Mo0d : Kekenyangan ]

Tuuu diiaaa weehhhh ! raya dah nak dekat neyh . warga kampus UITM ARAU p0wn pakat menghitung hari dah tu nak balik raya . da yang nak balik minggu depan tapi dah start packing barang dah ! perh ! punya la semangat nak balik raya . HAHA . yang lebih menarik tu . dalam kelas tu lecturer siap denda sapa datang lewat dengan suwuh nyanyi lagu raya ja . punya la kuatnya aura nak raya . HEHE



tema malam neyh memang nak cakap pasal raya ja . b0leh k0t n0h . walaup0wn da yang xp0sa nak berapa nak pen0h . xpa . leh j0in sekali baca . jangan malu jangan segan yeee . raya tahun neyh , pa tema yea ? ? aduuuiii . xpkir lagi tu . sebab pa ? ? sebab duit la . HUHU . duit xtau d0k kat mana lagi neyh . plan nak beli baju berpasang2 tapi duit l0m nampak lagi ! HAHA . [pembaziran dah nak bermula]

kuih raya plak ? ? HEHE . Yang tu lagi la bel0m nampak bentuk lagi . silap2 kuih tunjuk la . tapi rasanya kuih wajib mesti akan usaha untuk wat jugak . kuih pa 2 ? ? sudah semestinya SUCI DALAM DEBU laaa . sapa yang l0m cuba 2 leh la pi cari then rasa . malam ja tau . siang jangan d0k pi rasa plak . kalau tak mamp0s aku kena tangg0ng d0sa . Haa . nak tau resepi dier , nanti next entry aku bagi k? ? 

0k , skang mas0k bab umah plak . macam mana ? nak hias pa sume dah ? ? HAHA . amb0iii ! macam es0k nak raya plak tanya macam 2 kan ? xdaknya la . masih awal lagi . tunggu next entry jugak la nak citer p0wn . HEHE .



kesimpulan dier sekarang , walaup0wn duit dalam p0ket xbanyak , tapi kemeriahan nak raya tetap akan terasa . dah dapat beli selipar jepun untuk pakai g sembahyang raya p0wn dah kira 0k la . HEHE . [dah mas0k z0n melal0t] . macam wat karangan plak kan ? 0k la . jumpa next entry . 

PEACE NO WAR


Friday, August 19, 2011

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

ASSALAMUALAIKUM WBT..
[mo0d : bercampur baur ]


hello0000 semua . sekarang Her0inMalaya dah jarang update . s0rry la . banyak k0mitmen plak nak kena buat . tapi malam neyh Alhamdulillah terasa sedikit free . dan dapat juga meluangkan sedikit masa untuk mengupdatekan pa yang pat0t . [ayat bernada skema sedikit] HEHE.


nampaknya sekarang kita dah mula mas0k 19 ramadhan dah haa . cepat ja masa berlalu. HUHU. jadi sebagai umat Islam bla dah tiba malam ke10 akhir ramadhan , maka banyak dan bertambah lagi la amal ibadat yang b0leh kita lakukan untuk mencari malam yang sangat bermakna pada bulan Ramadhan iaitu malam lailatul qadar . andai kita dapat mengamalkan ibadat pada malam itu maka kita la umat Islam yang paling bertuah sekali . ;)


0leh itu , untuk tidak lebih melalut lagi , ingin daku k0ngsi sedikit inf0 tentang MALAM LAILATUL QADAR . dan mungkin juga kta dapat melipat gandakan ibadat dan pahala kita pada malam tersebut .



"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)




Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari).Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.
Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."




Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.



Sama-samalah kita mencari malam yang lebih baik dari 1000 malam . 


PEACE NO WAR



Tuesday, August 9, 2011

AKU , DIA DAN KAMU

ASSALAMUALAIKUM WBT...
[Mo0d : caca marba ]

xnak cakap banyak mungkin kerana mo0d kurang baik . cuma di sini tuan hamba nak berk0ngsi 1 cerita tentang se0rang sahabat tuan hamba yang menyayangi 2 lelaki . tuan hamba p0wn xpasti dier sayang atau cinta sebab xkenal pasti . 
terlebih dahulu tuan hamba nak minta maaf kalau dier terbaca bl0g neyh sebab tercerita kisah dia . 
dia berkawan dengan si A kerana dia telah dikecewakan 0leh si B. 

si A banyak caring tentang dia . si A jugak telah banyak mengajar dia erti hidup . banyak jugak yang dia belajar dari si A. tapi semua tu xlama 0leh sebab kehadiran semula si B. 0leh kerana sahabat tuan hamba neyh dah lama berkasih sayang dengan si B neyh maka dia terasa bersalah untuk memilih antara salah satu .



dan agaknya apa yang dier harus buat yea ? ? ? kalau nak tau betapa baiknya si A neyh, dia telah memujuk sahabat tuan hamba neyh untuk ter0s bersama dengan si B neyh semata2 untuk kebahagiaan si B dan 0wg yang dia sayang tu . hermmm . rasanya pat0t ka si A tu berbuat macam tu ? sedangkan dia telah bermain dengan hati dia sendiri ? ? 

0leh kerana sahabat tuan hamba terasa si A macam mengharap dia pulang ke pangkuan si B . maka dengan rela hati dia menerima kembali si B. ermmm . susahkan bila dalam kehidupan perlu membuat pilihan. jadi sekarang si A nak sahabat hamba neyh untuk lupakan dia . senang ja dia hendak lupakan dengan macam 2 ?  ? menyayangi manusia xsama dengan meminjam buku di perpustakaan kan ? bila dah habis baca hantar semula pada due date dier . 

jadiii ? kesimpulannya pa yerk ? ? bagi tuan hamba , kesimpulannya . kita jangan cepat untuk menyayangi sese0rang itu kerana tidak semestinya kita akan ter0s bersama dia . maka dengan itu . untuk sahabat saya tu . saya harap dia membuat pilihan yang sangat tepat dan jangan ter0s untuk berpatah balik. mungkin itu telah ditetapkan . 

bukan untuk mengaibkan tapi hanya untuk berk0ngsi ;)

PEACE NO WAR



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA KE BLOG NEYH??