YOU ARE VISITOR NO:


PENGIKUT

Monday, September 17, 2012

GEGARAN RESIDENT EVIL : RETRIBUTION 3D

ASSALAMUALAIKUM WBT..
[Mood : Kerja laa]

Selamat pagi kawan-kawan . Sekali lagi di pagi hening subur , daku memulakan hariku dengan menaip kata-kata manis yang terlintas dari minda yang berputar ligat . 0ppss ! sudah sikit-sikit , satgi melalut lagi 0ver ! 

Kemarin cuti ! Ahaa sebelum terlupa , SELAMAT HARI MALAYSIA kepada seluruh warganegara bumi Malaysia yang indah ini . Alhamdulillah kita dapat hidup aman dan damai di bumi hijau ini . Sem0ga Malaysia terus membangun dan menjadi negara yang sentiasa di pandang tinggi di seanter0 dunia ! [Ayat tak kalah ahli falsafah la !]

Jadi , tak mau cerita panjang , kemarin cuti jadi macam biasa laaa ? Keluar laa rehatkan minda . Cheewaahh ! Pi teng0k wayang  ,kar0ke , lepak kat Kuala Perlis . Kiranya hari-hari semalam dipenuhi aktiviti laa . OK ! Cerita pasal wayang , kami teng0k m0vie baikkk punyerrr , RESIDENT EVIL : RETRIBUTION 3D ! Jangan tanya berapa bintang nak bagi . Bagi kami , 5 bintang p0wn layak bagi . Best ! Kemarin p0wn time nak beli tiket , jam yang pertama tinggal seat depan jaa . Yang kami masuk tu p0wn haa . dah penuh panggung laa . Peminat ramai . Walaup0wn baru yang epis0d neyh teng0k , xpayah teng0k yang lepas2 p0wn dah rasa puas hati . Kiranya xrugi laa beli tiket . 








[Maaf Encik Google Image, saya 'terpinjam' image2]

Haa ! Sapa yang bercadang nak pi teng0k wayang tapi xtau cerita pa nak teng0k ? Haa , b0leh laa teng0k cerita RESIDENT EVIL : RETRIBUTION 3D . Dan yang masih was2 nak teng0k , xmau teng0k cerita tu sebab tak0t xbest , ha ! Xpayah nak was2 lagi , ter0s ajak pakwe,awek ,kak , abang , adik pi teng0k n0h ! :)

HEHE . Bab pr0m0te cukup pandaii n0h . OK laaa . minggu depan pi teng0k cerita len plak . Jangan jelessss :P

PEACE NO WAR




Friday, September 14, 2012

JATUH CINTA DENGAN NOKIA LUMIA

ASSALAMUALAIKUM WBT..
[Mood : Dah co0l]

Weh2 ! Kami muncul pulak jaa . Jangan cakap dah b0ring nahh . Kami tak kira ! Hampa kena buat2 tak b0ring jugak baca entry kami . Kali neyh kami tak dak inf0 nak cerita , k0ngsi . Tapi kami nak heb0h seluruh alam yang kami dah jatuh cinta dengan NOKIA LUMIA neyh ! Tak tahan dak neyh !

Hari2 d0k buka search Google Image ! D0k belek NOKIA tu . Perasan dah tahap kr0nik 2 . Kalau dah ik0t tak malu , nak print jaa pelekat dalam bilik . Haaa ! Hampa jangan d0k gelak kuat sangat n0h ! Bukan kami gila nahhh ! Cuma terbekenan laa wehh ! Nak beli , tapi faham2 laa fulus belum mencukupi . Payah sikit laaa . 

Ada yang teguq , apa laa 0rang tak pakai NOKIA dah la neyh ! Tapi hampa semua xperasan kaa . NOKIA paling tahan . Nak pakai p0wn senang . Kalau jatuh katil 2 tingkat p0wn rilex lagi . Bukti ? ? Kami dah 3 tahun guna n0kia t0uch skrin , jatuh jangan kira laa . Banyak kali dah , tapi sampai sekarang dia tak wat perangai ngan kami . Aku guna Sony Ericsson , alahaii . tak sampai setaun dah r0sak . Bukan nak b0ik0t ka apa n0h . Tapi atas pengalaman laa yeaaa . HEHE . Jadi di sini , kami tegaskan kami suka , tertarik , jatuh hati , terbekenan , dengan NOKIA LUMIA neyh !

Teng0k kalau tak percaya . Betapa c0mey , cun , cantiknya NOKIA LUMIA :







[Maap Encik Go0gle tercuri image link ;)]

Haaaa ! tu diaa wehhh ! Macam2 warna adaa . Pilih jaa . Nak beli semua p0wn b0leh . Nanti nak kuaq pi mana2 b0leh bawak ik0t warna baju . HEHE . Terbaikklaaa . Iph0ne ? Ada warna-warni x ? HAHA . 

Next entry aku cita pasai Samsung Galaxy Beam plak ! Yang tu p0wn cun ! Tapi tu laa weh ! Yang tu lagi mahal laa . Lagi tipis laa nak dapat yang tu . HUHU . J0m weh , nak p makan nasi sat . Lapaq ! Jumpa lagi . Muahx !

KAMI = AKU , SAYA , ME , I .
HAMPA = AWAK , ANDA , KAMU , MERUJUK KEPADA RAMAI
PEACE N WAR



Wednesday, September 12, 2012

KEISTIMEWAAN WANITA

ASSALAMUALAIKUM WBT...
[Mood : Kenyang lepas breakfast]

Haluuuu kawan-kawan ! Selamat pagi . Macam mana hari neyh ? Adakah lebih baik dari semalam ? Alhamdulillah yeaa kita masih dibangunkan semula daripada tidur yang lena . Jadi mengucaplah syukur kepadaNYA yeaa . [Cheewaah ! Dah macam penceramah bebas dah haaa. ;)] 

Pecah rekod hari neyh yeaa . Tiba-tiba nak update pagi-pagi . HEHE . Bukan apa p0wn dah d0k 0fis, keja kureng jadi jugak laa keja menaip kan ? ? Lagi p0wn da benda nak share ngan semua neyh . Memang menarik laa . Terutamanya Kaum WANITA . I p0wn wanita 0k ! Wajib berbangga uiit ! ;)

*Tergendala sebentar , settlekan workorder dulu , japgi sambung balik yeaa . 

Ok dah settle . Haa , macam neyh . Da laa terbaca 1 email neyh yang dihantar oleh Prof. Madya Azizi Bin Zakaria <zizi1199@uum.edu.my>. Melalui UUM email laa kan . Jadi leh laa nak share2 untuk pengetahuan bersama kan . Dalam email dia da info tentang KEISTIMEWAAN WANITA . Mai jenguk sama2 :




Di akhir zaman ini ada sekelompok kaum hawa yang dinamakan FEMINIS,yang tidak henti-hentinya berpromosi ‘MEMERDEKAKAN WANITA’ melaungkan bahawa susah menjadi Wanita untuk menjalankan syariat Islam..



Ini adalah antara yang mereka gambarkan terhadap diri muslimah sendiri;

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
  2. Wanita harus meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah namun sebaliknya berlaku dizaman ini.
  3. Wanita (apabila menjadi saksi) kurang, berbanding dengan laki-laki.
  4. Wanita menerima warisan (harta peninggalan) lebih sedikit daripada laki-laki.
  5. Wanita menghadapi kesusahan dalam mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya,sementara suaminya tidak perlu taat pun kepada isteri.
  7. Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
  8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itulah sebahagian yang sering menjadi anggapan segelintir muslimah dalam kehidupan seharian.

Tetapi pernahkah muslimah sekelian melihat di sebalik yang menjadi kenyataannya?

1) Benda yang mahal harganya pasti akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserakan begitu saja? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita ibarat permata yang tak terbanding nilai dan harganya di sisi Islam.
Rasulullah saw bersabda,
“Tidak seharusnya bagi lelaki yang beriman untuk meremehkan wanita yang beriman. Seandainya dia tidak menyukai satu perangainya, pasti ada dari semua perangainya yang membuat lelaki puas dan bahagia.”(HR Muslim)

2) Wanita perlu taat kepada suaminya,tetapi tahukah lelaki bahawa mereka wajib taat kepad ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya?
“Abu Hurairah r.a berkata bahawa seseorang telah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah,siapakah orang yang berhak untuk menerima/mendapat ketaatanku(kebaktianku) yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda “Ibumu..” Kemudian dia bertanya “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian ibumu..” Kemudian dia terus bertanya lagi “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian Ibumu..” Dia terus bertanya lagi. “Lalu siapa lagi.?” Rasulullah SAW bersabda ,”Kemudian bapamu…”.(HR Bukhari Muslim).

3) Wanita menerima warisan (harta peninggalan) lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu akan menjadi milik peribadinya dan tidak perlu untuknya berkongsi atau diserahkan kepada suaminya. Sementara lelaki yang menerima warisan(harta peninggalan) dia perlu/wajib menggunakan harta itu untuk isteri dan anak-anaknya.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah kamu wahai muslimahku, bahawa setiap saat wanita yang mengandung didoakan oleh semua makhluk,malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini? Dan ketahuilah muslimahku, jika dia mati ketika melahirkan anak, adalah syahid dan syurga telah menantinya..

5) Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu isterinya,ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya. Bagi seorang wanita diakhirat kelak akan dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya,bapanya,anak lelakinya dan saudara lelakinya..

6) Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya, cuma dengan 4 syarat saja iaitu; solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramahdan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.
“Rasulullah SAW bersabda;”Bila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kesucian dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya,’silakan engkau masuk ke syurga dari pintu manapun yang engkau suka” (HR Ahmad dan Lainnya)
Tidakkah muslimah sekalian mengharapkan diri adalah termasuk orang-orang mukminah yang mendapatkan kebebasan masuk syurga dari pintu manapun..?

7) Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara pahala orang yang berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun..

Masya Allah..

Begitulah kedudukan wanita yang amat tinggi di sisi Allah SWT..

Yakinlah muslimahku.., kepada Rabb yang mencipta,yang menjadikan kita untuk memikul segala tanggungjawab samaada ia berat,ringan,susah dan senang..

Taqwa dan Tawakal kita semata-mata Hanya UntukNya yang Mengasihi kita iaitu Wanita Islam…

Subhanallah…

Allahuakbar..

Jadi bersyukurlah anda menjadi Kaum Hawa yang mempunyai banyak keistimewaannya . Alhamdulillah . 

Sekian saja tazkirah pagi saya untuk hari ini . HEHE

PEACE NO WAR


Friday, September 7, 2012

24 CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU :)

ASSALAMUALAIKUM WBT
[Mo0d : Separa meraj0k k0t]

Weh ! s0rry hari tu kami janji nak update selalu last2 haa tu diaaa . Tinggai lama jugak laa . Pemalas ter0k laa kami neyh ! Lagip0wn kami d0k sib0k keja . Kadang2 sampai ke malam d0k 0fis . Kesian kat kami kan ? Tak paa laa . Janji hari neyh gaji dah mas0k ! Yehuuu ! Aippp ! Bukan nak cerita pasai gaji p0wn . Saja nak sharing is caring ngan hampa semua . Kami nak jiwang2 sikit malam neyh . Tak banyak .

 Alamak ! Kami lupa petang tadi kami bawak blik sek0tak bubuq d0k dalam keta abang kami . Basi dah paa . Sat n0h kami nak pi amik ! HEHE [PELUPA SIKIT]

[Maaf tergendala beberapa minit]

0k ! Nasib tak basi lagi . B0leh melantak 2,3 mangkuk satgi . 0k lah ! Tak mau cita bab bubuq . Masuk balik bab tadi .

Kami nak share ngan hampa semua tentang 24 Ciri-ciri 0rang yang betul2 mencintai kita . Kami tak tau la hampa setuju ka tak dengan ciri-ciri neyh semua . Tapi kami berani cakap , dengan 24 ciri-ciri neyh jugak laa boleh wat kita terharu , terjatuh cinta ! Haiipp ! Ter0ver plak . 

Baca neyh :

1.     Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.     Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.     Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.     Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.     Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.     Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.     Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.     Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.     Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.  Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.  Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.  Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.  Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.  Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.  Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.  Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.  Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah dak ada 0rang wat macam neyh kat hampa ? Ha ! Kalau rasa pernah , jangan pernah sia-siakan dia .  Hampa akan menyesal kalau sia2kan . :)

PEACE NO WAR







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA KE BLOG NEYH??